Surah At-Taubah Ayat 60

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dijinak hatinya terhadap Islam, untk hamba-hamba yang merdeka, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan yang sedang dalam perjalanan

Zakat Tanaman - Padi
1.
Padi yang cukup nisabnya ialah 5 ausak ( 400 gantang =1080kg ) hendaklah dibayar zakatnya
2.
Padi yang nisabnya diusahakan memggunakan tenaga manusia atau lain-lain seperti binatang atau jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak.
Jumlah padi dalam KG:
Jumlah padi yang perlu dikeluarkan Zakat KG:
3.
Padi yang ditanam sampai nisabnya yang hanya bergantung kepada jirisan air hujan dan hidup dengan aliran sungai atau parit.
Jumlah padi dalam KG:
Jumlah padi yang perlu dikeluarkan Zakat KG:
4.
Bayaran Zakat boleh dengan padi atau dengan harga padi tersebut.
5.
Padi Zakat tidak boleh dijual kecuali dengan kelulusan Majlis Islam Sarawak dan mengikut harga yang ditetpkan sendiri oleh Majlis.
6.
Amil atau wakil pemungut zakat hendaklah mengeluarkan resit akuan penerima bagi tiap-tiap zakat yang diterima.